expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Wednesday, December 6, 2017

Allah Sampaikan Tapi Bukan Secara Terus

Bismillah.
Assalamualaikum.

So harini, aku rasa macam terbuka mata dan hati nak share satu kisah yang berlaku pada aku.
Istikharah.
Tahu kan?

Ye, confirm majority tahu ape tu istikharah, manfaat istikharah dan banyak lagi cerita2 tentang istikharah.

Aku bukan nak cita ape yang manfaat ke ape.
Semalam, aku buat poll kat instagram. Tanya pasal adakah aku patut kerja atau tolong mak.
Sebab ape?
Semalam aku dpt tawaran kerja, dekat dengan rumah, tapi aku jadi berbelah bahagi nak kerja atau tak. Sebab kalau aku kerja, takde orang pulak nak tolong mak niaga. Camne eh? Aku buat poll tu setakat ni 11 orang jawab tolong mak, 11orang jawab pergi kerja.
Lagi la buntu. Tapi smlm aku dah buat istikharah.

Macam sebelum2 ni aku buat istikharah masa nak decide pasal tukar kerja atau tidak. Aku cerita sikit, masa aku kerja kat satu company dekat ipoh, semua okay except gaji. So aku apply kerja baru yang tawarkan gaji tinggi sikit.Lepastu, aku dh pergi interview dan aku dah pun diterima cuma aku belum update kat orang tu samaada nak terima atau tak. Aku istikharah, tup2 lusa bos tmpt kerja yg sediaa ada bagi satu tawaran lain. So dijadikan cerita aku tak tukar ke tempat baru. Aku stay.
Alhamdulillah , Allah tunjukkan jalan. Sangka aku, itulah final result after istikharah.

Tup2 seminggu lepastu ayah kena serangam jantung. Disebabkan mak pun tak berapa sihat, jadi aku kena minta cuti kat boss sebab nak ulang alik ke hospital. Bos pun dah mesej2 bagi KPI semua kat aku. Last2 aku fikir, aku berhenti adalah lebih baik dalam keadaan sekarang. So aku berhenti kerja.

Lepastubaku terfikir. Allah tunjukkan jalan supaya aku tak tukar tempat kerja sebab Dia tahu last2 aku akan berhenti kerja jugak. Bayangkan kalau aku kerja kat tempat baru, confirm2 aku tak boleh berhenti kerja sebab dah sign kontrak.

Haaaa.Allah nak mudahkan urusan Mak Ayah aku sebenarnya. Tapi melalui aku. Sebab ape? Sebab kalau aku kerja, maknanya mak kena sorang2 pergi hospital. Hospital pulak parking susah nak dapat. Kadang tu sampai sejam tunggu. Kesian ayah yang confirm2 mesti menantikan kedatangan mak dengan makanan yg mak masak.

Kan?Allah, Dia Maha Tahu.

So berbalik pada kisah semalam, aku dah buat istikharah. Tiba2 hari poll pun tunjuk result 50-50.
Aku scroll ig lagi. Tup2 jumpa satu post ni.



 Terus aku rasa macam, aku patut tolong mak aku niaga. At the same time, aku kena cari jalan dapatkan duit lebih dari cabang lain. See. Semalam aku tak tahu nak pilih apa. Harini Dia bagi aku something untuk tunjuk. Dan harini aku dah decide.Cuma aku still nak buat istikharah sama ada ape yang aku decide tu betul atau tak.

Sebab aku pernah dengar satu ceramah. Ustaz tu kata, istikharah ni konsep dia macam kau dah pilih nak beli kereta warna hitam atau biru. Kau dah pilih nak biru, cuma kau tak yakin. Kau minta Allah tunjuk. So kau buat istikharah. Esoknya kau dah bawak cash nak beli kereta biru tu, sbb semalam kau dah minta Allah tunjuk, kalau ini yang terbaik, permudahkanlah. Tup2 mesin kat tempat jual kereta tu rosak. So kau tak dapat beli kereta biru, jadi kau tahu, inilah petunjuk Allah nak bagi. Ini konsep istikharah. Kita yang kena decide dulu, then baru minta Allah tunjuk. Ade video ni kat fb, korang search je istikharah. Confirm video ni akan keluar.


P/S: So ya. Tu je aku nak cerita. Yang penting yakin dengan Allah. Kan?

Sunday, November 26, 2017

Syukur itu mudah, redha itu susah.

Assalamualaikum,
 Harini genap la seminggu aku tamatkan zaman belajar aku. Bergraduasi sebagai pelajar UTeM. Ya, banyak benda yang aku dah lalui.

Alhamdulillah. Syukur.

Tapi lama2 aku sedar, kadang2 bila ujian datang, aku masih boleh sebut alhamdulillah, namun tindakan aku seolah-olah....
TAK REDHA.

Allahuakbar.
Dah dua bulan berlalu sejak ayah sakit. Tak sekalipun aku rasa aku mampu bahagiakan dia. Ya.

Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini kerana lupa untuk redha sedangkan aku hanyalah hamba. Hamba.

Kena faham betul2 maksud hamba tu ape kan? Baru boleh redha.

Alhamdulillah, ayah makin sembuh. Dah boleh jalan, drive pelan2.

Tapi aku masih sedih sebab apa?
Aku risau fikirkan kalau kalau satu hari orang tua aku tiada dan aku belum sempat balas jasa.

Bayangkan,
kalau mak aku ajak ke kedai makan pun aku tak mahu sebab aku rasa sepatutnya aku yang ajak mak aku ke kedai makan dan belanja mereka. Bukan sebaliknya.

Banyak kali dah aku tolak, dengan alasan aku tak lapar dan kadang2 aku jawab aku malas.


Entahlah.
Mungkin ini pengalaman pertama aku menghadapi ujian.

Aku belum faham.
Aku terkejut.
Haih..entahlah, aku pun tak pasti. Tentang perasaan aku.

Sekarang ni aku hanya perlu bersabar dan terima semuanya dengan hati terbuka. Kena belajar terima.

Kena bukak hati.
Kena bukak minda.

Kena banyak baca motivasi.
Kalau tak sampai bila2 aku dengan sikap negatif ni.


Semoga Allah bantu dan tunjukkan aku jalan yang dia redhai.

Amiin.



Saturday, October 21, 2017

360 Darjah

Assalamualaikum,

aku bagi salam kat korang2 yang still follow blog aku yang dah mencapai usia yang ke berapa tahun. Aku still suka blogging sebab aku jenis yang suka tulis diari masa kecik2 dulu. So bila zaman dah berubah, nak jimat kertas, nak selamatkan alam, jadi kita guna "awan" je la. (hahaha korang faham ke awan tu ape?)

Okay so harini aku nak cerita macam2. Panjang lebar jugak aku nak cerita.

1/10/2017 - Ayah aku masuk ICU sebab serangan jantung yang besar. Time ni aku sorang2 bawak kereta pergi hantar dia ke KPJ Specialist Hospital. Tu pun mula2 aku tak tahu la dia sakit apa sebab dia kata dia sakit dada. Ingatkan sakit biasa. Dekat 4-5 jam juga aku tunggu ayah. Lepastu baru ade sedara yang datang teman aku kat cath lab tu. Herm, so sekarang dah dekat 2 minggu ayah kat rumah just terbaring dalam bilik sebab tak larat lagi. Bayangkan lah duduk dalam ICU pun dekat seminggu.

Selepas tu, hidup aku bertukar 360 DARJAH. Seorang HAIFA merasakan dia dah takda apa lagi nak mimpikan. Dah takde impian nak dicapai. Dah takde masa depan lagi yang perlu direncanakan. Ya, aku cuba untuk tabah macam semua orang selalu nasihatkan tiap kali jumpa aku. Kalau kawan2 lain, yang sebaya dengan aku semua tengah seronok kejar impian masing2, seronok timba pengalaman masing2 untuk masa depan mereka. Aku pula terpaksa lepaskan satu persatu tali impian aku, berundur satu persatu langkah ke belakang untuk cari jalan yang aku dah lalu sebab nak cari jalan lain.

Aku sedih, aku marah, aku happy semua sebab diri sendiri. EMOSI.

Kerja aku sebagai graphic designer pun aku dah lupakan. Aku stop kerja sebab mak cakap takde sapa nak tolong mak niaga. Lagi pulak tapak pasar malam ayah, sayang nak dilepaskan macam tu je. Jadi aku ambil keputusan berhenti kerja.

Sekarang ni aku just tumpukan bisnes online aku pada sebelah pagi dan meniaga pasar malam pada sebelah petang.

Tu pun semalam bos aku tempat kerja aku call dan cakap suruh aku buat kerja part time dengan dia dari rumah sahaja. Untung jugak kerja bidang2 yang berkaitan dengan online2 ni.

ALHAMDULILLAH.


Jadi apa yang aku sedihkan?

Apa yang bertukar?

Aku bukan lagi mengejar impian aku. Tapi akau hanya menahan , menyokong atap yang telah mak ayah aku siapkan. SAMPAI BILA?

Aku takde jawapan tu. ALLAH je tahu apa aku rasa. Apa yang aku lalu. Tiap2 hari kalau aku rasa nak marah sebab aku tak dapat kejar impian aku, cepat2 aku ckp kat diri sendiri, takpe hujan takkan berpanjangan, matahari tetap akan muncul juga. Ombak takkan kekal lama2 ia surut jugak.




Entahlah wey, kadang2 aku rasa aku dah jatuh, feeling dia lain. Jatuh dia tak sama macam jatuh tangga atau jatuh bila kecewa sebab gagal spm atau sebagainya.

Apapun, aku masih mimpikan yang satu hari aku ada kedai aku sendiri, bisnes online aku dikenali. Amiin. Ya ALLAH...Permudahkanlah....

Thursday, July 20, 2017

Sadness in July

I should be happy on my favourite month,
Treated myself day and night,
but I need to expect less from others.

I am too sad today. Shall I just cry?
Or need to hold a little longer?
Or just shout to the sky?
Or carry this burden on my shoulder?

I want to be happy like another people,
Trust on your word. Someone who always promising me something.
And here am I, too weak and far to make any action. Just keep holding and waiting untio thw day I die.

Tuesday, June 20, 2017

Serahkan Pada DIA

Hanya DIA tahu,
senyum atau sedihku,
malah apa rasaku,
bila duka itu dilihatkan dengan senyuman.

Bila gembira terpaksa disorokkan.
Hidup buat kita lupa,
dunia hanya sementara.
Esok lusa belum tentu ada.

Habiskan nafasmu dengan mengingati DIA.
Serahkan hidup dan juga matimu pada DIA.