expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Thursday, September 22, 2011

10 Ciri-ciri Secret Admirer.

Lokasi: Library.
Waktu: 10.53 pagi.
Aktiviti: baru habis presentation kelas DTKW.
Assalamualaikum .To all readers ,aku ucapkan terima kasih sebab sudi jenguk blog aku yang tak la seberapa ni.Oh lupa aku nak bagitahu yang aku dah tukar header blog.Giler happy aku sehari suntuk semalam sebab aku dapat buat header blog sendiri.Cantik kan.Macam tuannye jugak.Terima kasih.


Berbalik kepada tajuk kita.Harini aku nak buat satu entry tentang secret admirer.Entah,tiba-tiba pula aku rasa nak tulis pasal benda merepek ni.-.-''So,kalau korang awal awal lagi dah rasa dan menjangkakan yang entri ini mebosankan.Macam Biasa.Nampak tak butang "X" kat atas tu?Yang kanan sekali tu.Ala,kanan atas sekali.Nampak? klik situ untuk "exit".-.-'''.sekian.



Apa itu secret admirer?
-sejenis manusia.Ada hati dan juga perasaan.
-Namun malu meluahkan perasaan.
-Golongan yang low profile dan pendiam.
-Mencintai/menyukai seseorang dalam senyap.
-Ingin mencintai tapi tak reti untuk jadi yang dicintai.


Secret admirer ni selalunya kita tak dapat nak agak.Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita ada secret admirer.
Boleh jadi juga kitalah si secret admirer tu.
So,mari aku bagitau ciri-ciri seorang secret admirer.


1.selalu mencuri-curi pandang si dia.
kalau korang satu tempat kerja,satu sekolah,usha-mengusha memang akan terjadi.Alah,macam korang tak pernah buat.
FYI,selalunyaang siapa yang jadi secret admirer ni dia lebih suka pandang orang yang dia suka waktu orang tu tengah sibuk buat benda lain.Maksud aku macam korang usha dia waktu dia tengah sembang dengan orang lain ,tengah menulis or tengah berjalan masuk kelas.Kalau dah namany secret admirer,memang korang usha pun secret-secret la.
Pastu kalau tetiba si dia pandang korang,mulalah korang buat-buat pandang tempat lain.ELEH MALU LA TU.^^"




2.menyimpan semua maklumat si dia.
Selalunya,korang akan kutip segala maklumat tentang si dia.Dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besar perkara.
Tarikh lahir is the first thing yang korang akan ambil tahu.Kan?
Lepastu cari pula facebook si dia.Add.Lepas si dia approve,korang pun senyum sampai guling-gulingkan diri kat atas katil.HAHA.Dasar gatal.Tapi tak pelah,aku faham perasaan excited korang.
Lepastu,baca semua info dia.Anak ke berapa,duduk mana,berapa adik beradik,apa yang dia suka buat,siapa kawan-kawan dia.All those thing la.Kalau ada gambar lagi la korang usha dekat 3,4,5,6,7 kali.kan,kan?ISH.ISH.ISH.
Yang paling ekstrem ada yang pergi download gambar si dia and simpan dalam folder korang.Aku tak buat ok.Aku kan skema.



3.selalu mengambil tahu perkembangan si dia.
Korang selalu nak ambil tahu apa-apa benda pasal dia.Kadang-kadang benda remeh temeh pun korang ambil kisah.
Contohnya,macam dulu-dulu aku ada kawan la yang crush on someone.Everyday dia akan cakap kat aku yang orang yang dia suka tu pakai baju apa haritu.Setiap hari : "wey,wey harini dia pakai baju hitam.wey wey harini dia pakai baju pink.Sweet oh,comel.Wey wey dia pakai baju oren sama macam aku.Memang kitorang ada jodoh la."
Aku ?Aku kan skema.Mana main benda ni semua.Tapi aku pun pernah crush kat someone dulu.Masa aku form1 until form 3.Aku selalu tengok dia dari jauh dia.Im introverted girl that time.So,memang peratusan aku untuk tegur dia adalah o.ooo1 %.Giler ke ape.Dah la kenal aku pun tak.Tiba-tiba nak tegur pula.
So,dia ni selalu balik sekolah naik kereta.Oh lupa bagitahu dia tua setahun.Kalau tak silap dia budak pendiam yang bercampur-gaul dengan budak-budak jahat.Aku pengawas masa tu.So,aku memang musuh ketat budak jahat.Haha.I DON'T CARE.
Makanya,setiap hari aku akan tengok dia naik kereta apa.Sebab aku dengar cerita dari orang dia ni ada family problem.Anak orang kaya tapi kurang kasih sayang.Yang aku perhati kereta yang dia naik setiap hari tu bukan kereta yang sama.Kadang-kadang waja.Kadang-kadang wira.Kadang satria.Kadang perdana.Tapi tu lah most of time I saw him underneath a tree.He was waiting for PERDANA CAR.
Benda ni berlarutan selama 3 tahun.Tapi,lepas aku tukar sekolah terus aku tak tahu perkembangan dia.Dasyat kan aku.?


4.rasa nak bersembang tapi malu.
macam yang aku pernah bagitahu tadi.Selalunya korang akan malu sendiri bila ternampak si dia.Bila korang nampak dia sembang dengan perempuan lain,korang rasa macam nak je interrupt.
The problem is who are you?Korang bukan kenal dia sangat pun even korang rasa korang tahu semua tentang dia.Lagi satu korang ni pemalu.Lagi-lagi kalau korang ada iman yang kuat.Memang malu untuk bercakap dengan si dia.Tak kira la laki ke perempuan ke.Sama je.


5.hari tak sempurna kalau sehari tak nampak dia.
Setiap hari korang mesti nak tengok muka dia .Kalau dia tak datang kelas,korang lah orang pertama yang akan tercari-cari kelibat dia.Kalau dia tak datang tempat kerja,korang la orang pertama yang mula risau.Ye la.Hati dah suka.Macam tu la jadinya.
Kalau korang jenis yang kaki online,page Facebook dia tu yang akan jadi page yang wajib korang tengok.Kan?
Mula lah korang baca semua status-status dia.Tengok picture terbaru dia.
kan kan?Aku tak main la benda benda camni.Aku kan skema.(sila letak ibu jari dan jari telunjuk kat dagu sambil garu2 .Dahi tu kerut-kerut sikit)



6.beri hadiah tapi tak nak bagitahu nama.
Ada juga PE" nyekret"2 tegar ni yang suka bertindak over.Tau tak over.?
Macam korang letak hadiah atas meja si dia bila hari-hari atau tarikh -tarikh penting tiba.Hari lahir selalunya jadi pilihan korang.
Again.You give him/her gift.Paling aku kelakar bila tengok orang beli hadiah kat kedai S&J tu punya la lama.Beristikharah,bertafakur dalam kedai tu.Pilih hadiah satu hal,.Dah ambil jam,pastu tukar ambil bear kecil,pastu tukar ambil kad,pastu tukar lagi.Again and again and again.Kesian kawan korang yang jadi mangsa.Aku pernah teman kawan aku.Tapi aku tak kisah sebab aku suka tengok gelagat kawan aku yang tengah syok sendiri.HAHAHAHAHA.
WE LIVE BASED ON THE OTHER PERSON EXPERIENCE.right?

7.jeles bila dengar si dia sudah ada yang punya.
ha,ni satu hal.Korang ni memang kuat cemburu.Bila korang tahu yang dia dah berpunya,gf/bf.Korang mula lah nak ambil tahu kenapa dia pilih orang tu,kenapa tak pilih orang lain yang lebih cantik /hemsem.Start tu mula la korang usha pula dia punya bf/gf tu.Yela korang nak juga tahu kan apa jenis girl/boy yang dia suka.kan?
Ala dulu pun aku pernah macam tu juga.
Ingat tak orang yang aku pernah cerita tadi?Ha,dia tu ada gf masa aku form 3,kiranya gf dia form 4.Bagi aku perempuan tu tak sesuai dengan dia.Haha(padahal dorang sweet to be a couple,aku je yang jeles-.-''')Rupa-rupanya dia ni suka perempuan yang ramah dan sporty.Aku tak nafikan sebab dulu masa aku lawan Netball dengan group senior,aku selalu nampak gf dia main hoki.Well,gf dia tu simple and cantik.Sporty tapi sweet.Dia pula,pendiam tapi macho.Muka innocent tapi kawan dengan goup budak jahat.Dari pandangan psikologi aku la,dorang tak matching langsung.Hakikatnya?Aku jeles.SEKIAN TERIMA KASIH.
(eleh,macam la korang tak pernah jadi macam aku.)


8.selalu nampak bayang-bayang dia.
ini lebih kepada angau.Aku rasa ni effect psikologi kot.Pernah dengar tak orang cakap:
"kita pandang orang tu sekali memang tak hensem/lawa,tapi kalau dah selalu jumpa dan nampak,memang lama-lama akan nampak cantik/hensem/segak jugak."
Tak pernah denagr?ISH ISH ISH.Pergi cari buku motivasu banyak-banyak.Pastu baca.
Pernah tak korang tunggu bas,pergi shopping or tengah memandu .Pastu korang nampak macam si dia tengah lalu tadi,tengah beli barang tadi,tengah memandu kereta yang sebelah kereta korang tu.Pernah tak?HAHAHA.Trust me,that is called "ILLUSION".




9.perasan sendiri.
bab ni paling kelakar sebab korang yang syok sendiri.Korang rasa macam dia pun ada hati kat korang padahal tak pun.Korang rasa macam dia pandang korang padahal tak pun.Korang rasa macam dia senyum kat korang padahal tak pun.Again,he/she is not doing the same as what you did to her/him.Kadang it is what we call as "MANNER/ADAB".Si dia hanya menjaga adab-adab dan menghormati awak awak semua sebagai kawan sahaja.Bila aku sebut "sahaja" tu maksudnya memang "sahaja".Not more and not less.



10.suka cover ayu or macho.
cover macho/cover ayu depan dia memang perkara biasa.
contohnya: korang akan pakai wangi-wangi smart - smart depan dia.Korang akan bersopan-santun walaupun korang sebenarnya lebih ganas dari seorang budak jahat yang suka ponteng sekolah.Kalau korang nak gelak pun kadang-kadang cover.Nak cakap pun tak spontan.Its suck your life when you are a secret admirer.Did you realize that?Sebab tu jugaklah aku berhenti dari menjadi secret admirer.I love my style now.InsyaALLAH I will change it only and only if iT IS fo ALLAH.
INNALLAHA MAANA.
Betul.Aku pernah jumpa .Dulu aku ada seorang kawan yang "boyish" sikit.Dia ni memang allergic la kalau cakap pasal girls stuff.
She hate it so much.Sampai satu hari tu entah macam mana dia ada suka kat sorang lelaki ni.Alim orangnya.Ketua pengawas pusat sumber.Tapi kawan aku ni suka dalam diam je la sebab dia sedar diri dia macam mana.Ini dia yang bagitahu aku ok.
Sejak haritu,dia yang dulunya tak suka pakai baju kurung mula berjinak-jinak dengan baju kurung kalau pergi keluar.Mula pakai tudung nila keluar.Even dia tahu yang dia takkan dapat si dia tu.
Dia tetap nak berubah jadi ayu.See?
Sehinggalah sekarang dia still ayu macam mana dia yang ayu tu.Semoga perubahan yang dia lakukan tu akan terus bereterusan dan diniatkan hanya untuk mendapat REDHA ILAHI.



conclusionnya: jika kamu ada menyukai seseorang,simpanlah suka dan cintamu diam-diam.Sesungguhnya kamu sedang berjihad dengan diri kamu sendiri.Percayalah,jika benar kamu sukakan dia,tak tergamak kamu menodai kesucian hatinya.Jika benar kamu menyukainya,berdoalah pada yang ESA.Sungguh,ALLAH mengetahui apa yang tersurat dalam hati-hati hambanya yang lemah.YA ALLAH,jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku.Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa kalian.Percayalah dengan janji ALLAH.



p/s:PERMAT YANG DICARI is play ing on.:)




7 comments:

  1. itu jarak dekat,tp yg jarak jauh 2 cm ne plak??

    ReplyDelete
  2. oh kalau jarak jauh?
    ..SORANG di utara,sorang di selatan.?
    itu tak jadi masalah.kalau jarak jauh.maknanya anda selalu akan memikirkannya .selalu nak menghubunginya tp malu.walaupun tak berjumpa anda selalu berdoa suatu hari nanti ada peluang untuk anda bertemu dengan si dia.
    tapi...99% secret admirer adalah jarak dekat.jarak jauh ?1%.sebab yang jarak jauh ni dah kategori cinta jarak jauh ni.memendam perasaa.hehhehe.

    ReplyDelete
  3. TAPI kalau lain2 tempat kerja/sekolah.
    maknanya anda mesti pernah bertemu dia juga.
    tak selalu tapi tetap ada pertemuan.sama je dengan ciri2 kat atas tu.bezanya anda tidak selalu melihat si dia.

    ReplyDelete
  4. cm ne nk bg tau dia..sedangkan kita ni perempuan..huhu??

    ReplyDelete
  5. bersahabatlah dahulu dengan si dia.:) kenal dulu hati budi.

    ReplyDelete
  6. hemmm..saye suka kat seseorang ni.sebaya..hari2 tengok dia kat mane2 je lagi2 time balik sekilah sebb dia balik jalan kaki same jalan ngan saye.tapi dia selalu perasan yg saye pandang dia and dia pon akan pandang saye balik.jadi saye jadi x tentu arah.ape nk buat erk??

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..