expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Saturday, October 29, 2011

Surat Daripada Bakal Suami.

Assalamualaikum.=)

Harap semua tengah ada mood untuk membaca apa yang aku ingin coretkan.
Pagi tadi bangun je dari tidur,idea tiba-tiba datang.Maka terhasillah Surat yang bakal korang baca.
Kalau dulu ,korang baca tentang SURAT UNTUK BAKAL SUAMI.kan?
Sekarang ini korang dapat pula SURAT DARIPADA BAKAL SUAMI tu.!
woooowwoowoo.Maka,sila tukar mood anda kepada Rajin!
Baca pelan - pelan .Tak PERLU laju gegile.Tak terbang aih alphabets ni.Ni khas untuk pembaca blog EPA=)




Salam rindu buat bakal isteri,


I dah baca dah surat yang U kirim haritu.
Aha,tergelak I baca!Sweet juga U rupenye.I ingat U skema sangat,rupenye tak lah skema bila membabitkan soal hati.
Ehem.Ehem.

Terima kasih sebab sudi bagi surat tu.
Maka harini I pula nak bagi sebab I terfikir sesuatu.
U jaga diri elok elok.Jangan main cinta dengan lelaki yang belum tentu lagi jadi suami U.
Tau?

Sebab....

I rasa macam semua orang tengah gelakkan I.Tengah senyum sinis kat I.
Nak tahu sebab apa?hmmmm..
I ada dengar kawan kawan I yang ada kawan dengan kawan kawan U bagitahu,
tentang LELAKI lain dalam hidup U.
I Tak nak salah faham kat U.Sebab tu ,I tulis surat ni.Eh eh tak.I taip surat ni sebab nak bagitahu U,nak ingatkan U yang bakal jadi ISTERI YANG I AKAN SETIA SAMPAI TUA.tak tipu,tau.InsyaALLAH,kalau Allah bagi U sorang,tapi kalau DIA bagi sampai 2,3,I terima je.
ehem ehem.
Jangan marah ye,I gurau - gurau je .

Ok,sambung balik.
Hmmmm,I harap U tak menduakan I.
U kan dah janji nak buat semua bersama-sama dengan I ?Kan?Maka,U janganlah buat semua yang sweet-sweet tu dengan LELAKI LAIN.
Lagipun kan U,belum tentu lagi dia boleh cintakan U macam mana I cintakan U.
U tak lupa kan plan yang U dah buat dengan I tu?
Nak I jadi IMAM,U makmum,
nak pakai baju yang sama,
nak baca Quran sama sama.
picnic sama sama..
masak sama sama.
kan?


untuk U yang jauh dimata tapi dekat dihati I,


I sampai sekarang tak ada perempuan lain.
I kan mahal....
Mahal dengan senyuman untuk gadis gadis lain.
Mahal dengan pandangan mata bila nampak gadis cun.
Sebab I tahu batas I.

Sebab I tahu,

I yang sepatutnya pegang tangan U,
bukan LELAKI LAIN itu!,
I yang sepatutnya buat U ketawa gembira,
bukan LELAKI LAIN itu!,
I yang sepatutnya rasa kemanjaan U tu,
bukan LELAKI LAIN!

bukan,bukan dan bukan LELAKI LAIN....

I yang sepatutnya belikan U hadiah-hadiah,
bukan LELAKI LAIN,
Ini semua salah kalau U dah bagi HATI U kat lelaki lain.
Jangan ye ..?
Ehem ehem.


Untuk bakal isteriku yang tidak ku tahu dimana kau berada,

I tak boleh jadi bakal suami U kalau macam ni lah keadaannya,
Sehingga U percaya,kalimah indah dari SANG PENCIPTA:
"SESUNGGUHNYA PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK,BEGITULAH SEBALIKNYA"

Allah dan janji dan kita sebagai hamba kenalah yakin itu.
Maka,I ingatkan je,
U jagalah hati U tu selagi kita berdua belum ditemukan untuk DINIKAHKAN.



honestly kan U,
I pun pernah ada PEREMPUAN LAIN dulu.
I tahu I salah.Sebab tu I bagitahu kat U.
Supaya U ada masa untuk bersedia untuk terima kekurangan hati I yang dah bercalar ni.
ehem.
I bagi masa yang panjang kat kita berdua.

tapi kan.
U janganlah guna masa tu dengan LELAKI LAIN.
Sebab agak kelakar kalau U isi masa tu dengan lelaki lain,
U GANTIKAN I ke?
Oh no.Oh NO.

U anggap macam tak ada orang tahu,I tak tahu.
Allah kan tahu?
Apa yang U dah buat kat I?
U gantikan I dengan LELAKI LAIN itu,tempat yang yang sepatutnya I lah pemiliknya.
Ya,TAKHTA di HATI u.
I tak nak ada LELAKI LAIN.
Please,:)



Untuk bakal isteri yang I nanti-nantikan setiap hari,

U janganlah CUBA pecahkan hati I,
dengan memberi TAKTA di HATI u kepada lelaki lain.
Sebab I takut nanti lain pula jadinya.
Hilang semua impian kita.

I tak halang U berkawan asalkan U tahu batasan.
I sayang kat U sebab tu I bagitahu .
I rasa I lah yang sepatutnya ada kat sisi U,
BUKAN lelaki itu.,
I yang sepatutnya melindungi U,
BUKAN lelaki itu.
I yang sepatutnya bertanggungjawab atas U,
BUKAN lelaki itu.

Segala-galanya ialah I.
I yang selayaknya.
Bukan lelaki itu.

Sebelum I akhiri surat I,
I nak U tahu ,yang I kat sini masih menanti U.
Sentiasa berdoa dan berusaha untuk bertemu dengan U .
I sentiasa berdoa dan berusaha agar HATI I masih dijaga rapi untuk U sorang.
U kan tamak,I pun tamak juga tau.
heheeh.



Untuk bakal isteriku,

I hanya nak U PUNYA HATI untuk I sorang.
Akhir kata,selagi kita belum disatukan,
jagalah IMAN .
Salam sayang dari ku,bakal suamimu.


p/S: di hatiku bergetar sejuta rasa,
:)





3 comments:

  1. menarik...
    kiut ja gaya penulisan....
    hehe

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..
    hehe nak satu surat cam ni jugak :)
    yang real!!!

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..