expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Tuesday, November 1, 2011

Aiskrim


Assalamualaikum.
=)

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog epa=)

Aha,semalam,ada seorang pembaca yang datang dari Tai-Pei membaca lagi blog ini.
Terima kasih.Kalau yang datang dari Mesir aku boleh tahu siapa,tapi kalau dari Tai-Pei.Siapa???
Kerap kali ya?


Ok,apapun mari kita terus ke subjek utama.
Ha,aku tadi lapar.Lepas makan ikan goreng dengan ulam pegaga.....eh,ulam pegaga boleh buat kita jadi awet muda!InsyaALLAH. T adi mak cakap.
haha.

Aku pun makan la.Pastu bila dah rasa lapar,aku teringat yang Ayah ada beli aiskrim.
Aiskrim apa aku pun tak tahu.

Maka dari posisi meniarap ala-ala buaya Bujang Senang ,aku terus bangkit .Berjalan macam orang tak cukup vitamin D,pergi ke dapur.Jenuh tu menjeling peti ais.Petia ais bahagian atas.
Sebelum nak buka peti ais,sempat lagi sengih sorang-sorang ,sambil toleh kiri kanan.Bagi haba kat tapak tangan,Gosok -gosok tapak tangan dan buka peti ais atas dengan semangat jiwa kental.

ohyes!!!!!!!

Aiskrim yang memang ku duga!!!!
Maka,seperti video klip yang dimainkan dengan speed yang laju kalau tak silap dvd high speed 16 X 16.Aku pun mencedok aiskrim dan letak dalam cawan.!Kemas semua pun dengan speed yang amat amat amat laju!

Bawa cawan ke ruang tamu,kembali ke depan Notebook.Sambil tersengih-sengih membaca status kawan -kawan di FACEBOOK!
Rasa macam nak update status,eh eh aiskrim sedap!!tapi bukan kat facebook la,kat twitter!
haha


Lama rasanya aku tak da kesempatan mcamni.I mean,duduk relax sambil makan aiskrim.Yelah,orang merantau semua benda yang best tak dapat nak rasa.Yelah,siapa suruh skema sangat?
Orang lain merantau tapi okay je.Aku je yang terlebih-lebih.
T___T.


Tiba-tiba aku teringat,dulu.
Masa aku kecik umur dalam 10 tahun macam tu,aku selalu tunggu pakcik jual aiskrim datang.
Dia datang naik motor,bunyi lagu Paddlepop!Time tu aku gila lah kumpul stick aiskrim sebab ada gambar kat stik tu.Kalau kumpul banyak ,boleh dapat aiskrim lebih.It is more like a contest!

Masa tu duit syiling RM 1.OO masih beroperasi.Ala ,duit syiling warna kuning tu!
Ha,duit belanja aku dah habis,pastu pergi la minta kat mak.Nasib baik mak tahu,mak dah siapkan satu bekas penuh duit syiling untuk anak-anak dia nak beli aiskrim.


Aha,aiskrim yang paling aku suka ialah aiskrim rainbow tu.Walaupun ada banyak aiskrim yang lagi sedap lemak berkrim,tapi yang ni jugaklah pilihan hati.
ok,dah start nak merepek.Baik aku stop.


p/s: dulu tak suka aiskrim coklat,
sekarang suka,tapi strawberry tetap dihati!

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..