expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Monday, November 14, 2011

Apa Ada Dalam Hati?

Assalamualaikum:)

Lokasi: dalam bilik.
Jam: 8 malam.
Aktiviti: dengar alunan zikir sang hujan.


Hi,semua sihat?Hati korang sihat?
Iman?Macammana?Charge la iman kita dengan bacaan ayat Quran.

Pernah terfikir tak apa ada dalam hati kita?
Aku pernah terfikir dan aku rasa hati aku penuh dengan titik hitam.

-.-
satu titik hitam melekat kt hati bila ada dosa kita buat.
ALAHAI,aku ni memang banyak dosa.

Ada orang pernah tanya aku:
"hey, ko tak nak couple lagi ke?"

aku terdiam.
senyap.
bisu untuk beberapa saat.

bagi aku, kalau kita pandang apa yang keluar dari mulut orang,memang kita akan rasa rugi kalau tak couple.kan?tapi kalau kita pandang dari segi Akhirat,pasti kita akan rasa kitalah orang yang paling beruntung.
Mungkin?
Sebab hati kita tu kita siapkan hanya untuk suami.Bukan untuk si teman lelaki.kan?

Lepastu,mula la orang cakap aku anti-couple.
Wowowowow.
"effa kan xsuka couple.......",kata -kata yang menyindir aku fikir.

Aku bukan anti couple dan bukan juga anti xcouple.
Don't get me wrong ok?
For me, hati itu pasti akan mencintai dan dicintai.Cuma cepat atau lambat je.
So, just follow the flow but still you should get know about the limit.
Kalau belum nikah,buat la cara belum nikah.
Just be a freind.Kawan biar berpada-pada.
Kalau betul, dia sayang kita , dia akan tunggu kita.
Tapi janganlah sampai jadi nerd , tunggu sang bulan yang tak jatuh.Buat apa?

Memang akan ada pertemuan, dan jodoh itu hanya dikatakan jodoh bila dah nikah.
HAHAHA
"entri ni macam dah gatal nak kahwin je.....", ada suara sumbang memberi pendapat.


Alahai,nama pun remaja,memang la macamni.
Kalau tak, tak normal la namanya.
Sedangkan budak darjah 6 pun dah tahu erti cinta monyet,erti crush kat top student kat dalam kelas,inikan pula remaja macam kita ni.

-.-'


Aku tak pernah pandang serong kat sesiapa yang couple.seriously.
cuma aku kadang-kadang terpandang serong kat orang yang berbuat serong.
hahah
ter ok? not sengaja pandang serong.

-.-

ada orang tanya aku:
"kakak ko couple?",dengan muka macam nak kenakan aku sebab dia rasa aku anti -couple.

aku jawab:
"ye",terus terang.

so what?Aku bukan nak cakap apalah, tapi setahu aku, kalau seorang lelaki itu berniat untuk memperisteri seorang wanita,maka its ok for knowing each other.
Cuma tu la.
COUPLE.
Satu perkataan kurang enak bila diimaginasikan.kan?
keluar dating, main mesej, guna perkataan sayang la apa la.
pfffft.

narrow minded.
tak semestinya couple macam tu.
hemm, macam mana eh,
bagi aku, masalah couple ni takkan selesai selagi tak nikah.
So bagi couple2 sekalian, nikah la cepat-cepat, tak pun tunang dulu.
Tutup la mulut-mulut mereka yang benci dengan perkataan couple.




kadang-kadang terdetik kat hati,
eish..mana la kau ni, apasal lambat sangat datang dalam hidup aku?
tapi bila aku fikir, memang jodoh tu ALLAH dah tentukn, tapi kita yang perlu berusaha.
As an example,

korang nak makan,yes.
rezeki memang dah ALLAH tentukan.
So, takkan korang nak tunggu rezeki tu datang?
korang sendiri la yang perlu cari rezeki tu.
Guna konsep, usaha, doa dan tawakkal.
ok?

macam tu juga dengan jodoh.
perlu diusahakan.
Sebab tu ada sesetengah universiti yang pelajar-pelajar dia berusaha untuk cari jodoh melalui Baitulmuslim.
InsyaALLAH.Ada caranya.

AHH,aku bukan nya pandai sangat nak cakap lebih-lebih pasal hukum agama.
Kalau nak tahu lebih lanjut, sila jumpa dengan ustaz-ustazah masing-masing.:)

Konklusinya,
aku bukan anti couple dan bukan juga anti tak couple.
Siapa aku untuk anti-anti kan orang?
Siapa aku untuk judge orang sedangkan ALLAH ITU MAHA MENGHAKIMI?
Aku hanya mampu menyampaikan sunnah baginda, kerana aku umat Nabi Muhammad.

"BERPEGANGLAH KAMU KEPADA QURAN DAN SUNNAH, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT"

P/S: akibat banyak sangat menghadiri majlis kenduri kahwin,
sampai entri pun macam orang dah nak kahwin:p








No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..