expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Tuesday, November 22, 2011

Hijrah

Assalamualaikum.=)

Lokasi:Atas kerusi.
Jam: 7 petang.
Aktiviti: baru lepas tengok environment baru.kampus hidup.

Ramai yang masih tercari-cari mood untuk belajar.
Maklumlah, semester baru bermula.
Mood itu masih menyala-nyala.
Aku termasuk di antara mereka.

Kalau semester lepas keputusan kurang terpuas,
maka ada yang cuba lebih pantas,
pantas menghadam ilmu yang diulas,
otak tenaga semua dipulas.

Aku pun pelik ,
bila mahu berjaya,
semua rahsia alam mahu ditanya,
" bagaimana anda boleh berjaya?",itu soalan biasa, tapi kuat nawaitunya.

orang sering bertanya tentang urusan dunia.
sedih.
tertanya tentang rahsia bahagia dunia.
tapi tidak pada yang kekal sana.
akhirat terpandang sepi.





Kan bagus jika pahala itu terlihat timbangnya,
Si alim ulama kanannya jatuh,
nikmat pahala yang besar tak jatuh-jatuh,
baru semua akan mengeluh,
sebab banyaknya kiri yang utuh.

teringat aku kata seorang ustaz,

" bayangkan jika manusia ini dibalas olehNYA secara direct,lepas solat jemaah,
selesai salam, tengok atas sejadah ada duit 27 ribu.mesti penuh solat 5 waktu di masjid"


tapi itulah hikmah.
Segala yang indah takkan dapat dengan mudah.
yang indah itu biasanya terhijab dek pandangan,
tertutup dan tak layak untuk manusia si lemah,
sebab itulah dibina syurga yang begitu megah,
pencakar langit pastikan kalah.
Itulah Allah yang maha maha maha AGUNG.

p/s: Hidayah itu kuncinya.
Aku masih mencari.




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..