expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Monday, November 7, 2011

Kisah : Air Maktam


Assalamualaikum:)
Hi semua pembaca blog epa=), tak kira baru atau lama, tua atau muda, junior atau senior.Terima kasih kerana telah menekan butang "FOLLOW '' @ "JOIN THIS SITE".
Sedar tak sedar pembaca blog aku makin bertambah.
* senyum senget senget*


Mari aku cerita pasal air maktam.Ok ,untuk julung kalinya aku akan menceritakan kisah-kisah antik aku kat korang. *mata ke atas,geleng-geleng kepala*


Semalam masa pergi reunion ayah aku,time makan tu dorang ada sediakan air teh susu.
Macam biasa,aku kan dah lama tak minum air teh susu ni.
So,bila dah minum ,aku tiba-tiba macam nak bercerita.Maka,dengan kakak dan mak yang tengah makan kat sebelah aku,aku pun start buka mulut.

AKU: " ain,ingat tak.Dulu waktu kecik kecik kita panggil air ni air maktam kan?(sambil tunjukkan air teh tu)

AIN: "a'ah..dulu kita panggil air maktam"

AKU:''Ye la sebab time kecik tu kita mana tahu air apa,pergi rumah Mak Tam, kan dia buat air teh ni,start tu kite panggil air maktam kan???"(sambil gelak kuat gila)

AIN:" haah..(gelak )

AKU: "orang ingatkan memang nama air tu air maktam.Sampailah satu hari tu, kita pergi melawat rumah sedara kat kampung pisang tu kan, dia ada sediakan dua air.Air kopi dan teh susu.Pastu kita cakap nak air maktam.Tercengang mak cik tu. Dia cakap mana ada air maktam"

AIN:" HAHHHAHAHAHA...."

AKU:" Lagi satu ingat tak kalau air maktam tu panas kita buat apa?Kita pergi tuang air tu dalam piring kecil lepastu minum.Kan??"(gelak kuat gila sampai orang sebelah pandang)

AIN:" Haaaaahhhh..betul..isshh slow sikit gelak tu,orang sebelah sensitif kot dah pandang dah tu."

AKU:" Haha,kelakar betul. Mak, mak, cuba mak bayangkan eh,kalau sampai besar ni orang dengan ain still panggil air teh tu air maktam.Nanti pergi kedai,ada orang ambil order nak minum air apa.Pastu orang cakap, emm saya nak air maktam dua eh........
HAHHAHAHHA. Mahu ternganga budak yang ambil order tu.Ye la tak pernah dengar nama air maktam.

MAK: " tu la,sebabnya masa kecil Mak Tam kamu selalu buat air tu."

AKU:" Cuba bayangkan , kalau ada tetamu datang, kan selalu kalau orang bujang buat air, mereka akan cakap: "maaf le ye cik..ni air bujang je ni..."
Tapi orang pulak, cakap camni: "minumla ye,air maktam je ni......"

hahahhahahhahahhahahah kelakar betul betul la!!!!


MAK dan KAKAK gelak.
Aku pun gelak.

cerita-cerita dulu memang kelakar.!


p/s: walaupun cerita tu dah habis,
beberapa minit lepastu aku tiba-tiba tergelak.
Sebab rasa kelakar gila.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..