expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Wednesday, November 9, 2011

Oh,oh,oh.part4


* SILA BACA DENGAN MOOD EMPATI *

oH, mata aku sakit bila melihat dia.
Pura bersuka, hati dusta.
Ala,kalau hati itu suka maka jangan tambah sembunyi dari aku,
jangan pula saja kau buat kata,
" dia sekadar teman aku".

podah!
Nak sepak kat muka oh!
kalau tidak kerana pertimbangan diri,
aku dah tarik muka lama .dulu.
Oh baru aku tahu.
Kau buat aku ibarat buku,
BILA
kau dah faham semua,
OH,kau hafal semua dan merasakan buku itu bosan gila,
tak sesuai dengan jiwa.
Macam baca buku fakta,
oh kau tak dapat terima kenyataan.
Banyak benda terikat buat kau tersekat,
Maka,kau buat keputusan, letak balik buku dalam almari.
Tak nak pandang dah.
Oh sombong la sekarang.

Peduli aku buat tak peduli,
Oh sikap yang sebijik macam budak SPM.
baca buku ,habis baca buang,
alah!
kata kau, dah habis baca,tak perlu diulang!

Ye la.
Oh teringin aku nak tatap,
Bila mana kau jumpa buku baru ,
kau selalu baca,
malah keluar McD pun kau nak baca,
bawa hulu hilir,

lepastu,satu hari kau rasa macam nak guna buku lama,
lepastu,
bila kau pergi kat almari,
"OH, EH ,OH , EH" kau kata.
KAU GARU KEPALA,
"ai,mana buku lama aku ni?"


Oh saat tu aku teringin nak tengok mana respon kau.
Respon yang seperti apa kau bakal lempar?
respon saiz berapa kau nak pakai?
respon laju mana kau nak tembak tepat masa tu?

ni aku buat entri khas untuk tembak tepat kat hati kau,
kalau kau tak terasa,
anggapkan saja ,
peluru aku ,peluru halimunan.

*senyap.
*ketap bibir.

kalau kau terasa,
buat la apa yang patut,
kau kan GENIUS!
tak boleh ke kau cakap terang depan aku.?

p/s: saat aku buat entri ni,
aku sedar yang kau takkan baca,
kalaupun ku baca,
pasti kau benci.

"ala,menyesalnye aku taip semua ni!"





No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..