expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Saturday, December 10, 2011

Anak PALESTIN.

kenapa nak ambil apa yang aku dapat,
sedangkan kau miliki lebih dari aku kot,
kenapa kau nak perkara yang sama,
sedang aku tak pernah kenal kau siapa,


kau sedar tak,
apa yang kau nak rebut dari aku ialah bukan milik aku,
Tuhan punya,
DIA pinjamkan sementara,


Aku tak kisah,
kau nak ambil apa sahaja,
ambil segala apa yang kau mahu,
aku tak kisah,
sebab aku rasa dunia ni sementara,

tapi sebelum kau ambil dari aku,
beri aku masa untuk tunjukkan,
aku menghargai apa yang aku ada,
keluarga aku pun kalau kau mahu jauhkan dari aku,
berilah simpati,
untuk aku .
Mereka itu darah segala daging yang membentuk jasadku.


Aku minta kau beri simpati,
tapi kalau kau memang tak punya hati,
aku tak minta apa lagi ,
biar Tuhan aku itu,
biar DIA yang balas segala apa yang kau rampas,
sebab kau ambil hak orang,
kau ambil apa yang bukan milik kau.


Kau bangga dengan apa yang kau ada,
padahal kau tak sedar,
Kau juga tak punya apa-apa,
jika semua yang kau ada,
kau miliki,
ialah bahagian mereka.


Semoga nanti tiba satu azab Tuhan,
Doa aku yang teraniaya ,
Mereka juga,
pasti diangkat Malaikat ,
dikabul oleh DIA YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.



P/S: Bumi PALESTIN itu jauh,
tapi jeritan anak Palestin itu aku dengar.




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..