expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Friday, December 9, 2011

Mengapa Berhijab?

Assalamualaikum:)"ENTRI INI DIBUAT SETELAH MENDAPAT SEDIKIT ILMU PETANG TADI"

Lokasi: atas katil.
Jam: 4.30 petang.
Aktiviti: baru balik.

Hi to all.
So how was your day?
Harini topik kita amat panas iaitu Hijab.Maklumlah, hari jumaat macam ni , entri pun nak la berpenghulu sikit.
ok.

Adakah anda berhijab/bertudung?
Ya?
Tidak?
Kalau tidak mengapa?

Bagi 10 sebab:
1.takut ketinggalan zaman.
2.tak rasa semua yang berhijab itu baik hatinya.
3.takut tak ada orang nak meminang.
4.takut hak / kebebasan terbatas.
5. susah nak cari kerja.
6.tak sampai seru.

ok fine, apa lagi sebab korang selain ini?

Ada?Kalau ada sila komen aku.

Tadi, ada ustaz ni cakap,memang ada orang yang bertudung tapi hatinya tak sebaik orang yang tak bertudung.Tapi itu sebenarnya lebih kepada diri sendiri.
Rugi lah bagi mereka yang mempunyai hati yang baik tapi tidak mahu bertudung.
Alasan utama:




4.TAKUT HAK/KEBEBASAN TERBATAS.

Aku just nak tanya, apa maksud bebas bagi korang sebenarnya?
Kata seorang saudara, bebas itu ialah perkara yang baik,melakukan perkara yang baik.
Tak bermakna bila korang dah berhijab, korang kena diam , jadi pasif, jalan pun tunduk je, hari2 bagi sedekah, setiap isnin dan khamis kena puasa, solat sunat tak tinggal.
Tak, wahai pembacaku.

Islam tak ajar yang begitu.Bak kata seorang kakak ni," Islam itu terlalu indah sehingga tiada ruang untuk seseorang itu menolak ajarannya".




Next,
2.Tak semua yang berhijab itu baik hatinya.

Ya, betul.Sebab, dia juga seorang manusia wahai pembaca sekalian.
Mereka juga ada dosa .Hati mereka juga ada lemahnya.Perilaku mereka ada juga buruknya.
"Don't judge a book by its cover".Pernah dengar ayat ni?
Ya, aku yakin korang pernah dengar.Tapi dalam agama Islam,memang seseorang itu akan dilihat dari luarnya dahulu kerana mostly kalau luar macam itu, dalam juga pasti begitu.MOSTLY.not necesserily.

Sebab,Nabi kita pernah cakap:

"Dalam hati manusia itu ada seketul daging, kalau elok ia maka eloklah seluruhnya,tapi jika rosak ia, maka rosaklah ia."

Allah juga berfirman:
" Rugilah bagi mereka yang mengotorinya".

Maka, sebab itu bila kita lihat mereka yang berhijab sesempurna,pasti kebanyakannya mempunyai hati yang baik.
Analoginya,

ibarat korang ada gelas yang kotor dan berhabuk luarnya,lagi satu gelas yang bersih dan licin luarnya, agak-agak, gelas mana yang jadi pilihan korang untuk diminum airnya?



Seterusnya,alasan cliche--
6.Tak sampai seru.

Yang ni pun ramai yang jadikan alasan.
Satu je aku nak bagitahu, kalau korang tunggu seru memang sampai berjanggut,berkerepot pun korang takkan berhijab.
Tipsnya:
1 .paksa diri korang walaupun pada mulanya korang berhijab kerana terpaksa,
sebab KETERPAKSAAN itulah yang menimbulkan kebiasaan, dan KEBIASAAN itulah yang menimbulkan KEIKHLASAN pada akhirnya.

2.pakai hijab sehingga korang rasa ia adalah satu benda yang bukan asing lagi.Mula-mula je janggal, nanti dah selalu pakai, takkan timbul dah janggal tu.

3.Anggap sahaja ia adalah salah satu usaha korang untuk berubah walaupun pada mulanya ia kelihatan lebih kepada memikirkan pandangan mata kawan-kawan.


Sebab -sebab lain yang menyebabkan korang tak nak berhijab adalah kerana SYAITAN ITU SEDANG MENUNAIKAN MISINYA UNTUK MENCARI PENEMAN DI NERAKA KELAK.

ZAMAN KITA IALAH ZAMAN DIMANA TANDA2 KECIL KIAMAT SUDAH TERBENTANG DI HADAPAN MATA.



Ada seorang senior lelaki berkata:

"walau sejahat mana pun seorang lelaki itu, pasti wanita yang ingin dikahwininya akan dia cari dari golongan wanita yang baik"

"Jika wanita masalah utama mereka ialah menutup aurat, bagi kaum lelaki, masalah mereka ialah menahan syahwat"



See?
Kan aku dah cakap, lelaki ni memang gatal.Mata mereka ibarat bermagnet.
Tapi kalau betul seseorang lelaki tu sayang korang, dia pasti akan ajak korang supaya menjaga aurat.
Aku just bagitahu sebab aku pernah rasa apa yang korang rasa.


"aku sedang mencari seseorang yang boleh bimbing aku wey, sekurang-kurangnya nasihatkan aku bila nampak aku buat salah.Tapi masalahnya, sorang pun tak berani dan tak kisah nak bimbing aku.Kadang -kadang rasa nak nangis.Ye la, dah la aku tak cukup didikan. Kasih - sayang pun tumpang mak bapak angkat je wey. Inikan pula nak dapat bimbingan dari kawan-kawan.Semua tak kisah aku.Agaknya memang aku ni , takdir hidup aku macam ni kot wey. Mimpi la nak dapat suami alim.Jauh sangat wey.Memang tak ah", kata-kata sahabat aku seolah-olah marah.

Tapi aku tahu dalam hati dia.Jauh sudut hati dia.Aku tahu.
Dia nak berubah.Cuma dia tak tahu dari mana nak mula.
Tak pe .
Cubalah berubah sikit-sikit.
InsyaALLAH.
Doa kau Tuhan dengar.
Jangan sangsi ya?

to GIRL:
Aku doakan kau.
Sorry aku quote ayat-ayat kau, sebab aku betul-betul tersentak bila kau luah kat aku.Sebab aku kawan kau dan aku pun takut nak tegur kau.Takut kau kecil hati dengan aku.



p/s: Aku lihat sedikit demi sedikit,
Tuhan itu tiupkan hidayah ke dalam hati
orang-orang yang berpengaruh besar dunia.
agaknya kenapa?



2 comments:

  1. takut ranbut rebonding rosak? hahaa

    ReplyDelete
  2. gunalah sunsilk macam wardina :P
    rambut lagi cepat rosak kalau tak pakai tudung.woha.hahhahah

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..