expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Wednesday, December 7, 2011

Separuh Hidayah.

Assalamualaikum:)

Lokasi: Atas kerusi
Jam:8:10 malam.
Aktivit: baru lepas berbuka.


Kepada sesiapa yang berpuasa minggu ini,selamat berpuasa.
Ok.

Harini airmata aku menitis lagi.
Bukan kerana aku emosi, tapi aku tersentak mendengar kata-kata seorang sahabat.

Kata dia,
iman itu tak dapat diwarisi.
Panjang kami berbual tentang sisa-sisa dosa kami,
kisah jahiliah kami,
malah kisah keluarga kami dan kisah kami sendiri dalam mendidik diri menjadi muslimah.

Rendah hatinya dia sudi berkongsi kisah dia kepada aku.
Sebak.
Sehingga aku sendiri cakap:

"kadang-kadang aku rasa macam Allah dah tarik balik hidayah yang dia pernah beri kat aku dulu dan hanya tinggalkan separuh sahaja untuk aku".


Tertahan airmata aku .Sebak .
Mana tidaknya.
Aku sering lihat kawan-kawan yang begitu termulia pada ilmu agamanya,
tapi aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka.

Kadang aku sayu sendiri.
Kadang itu semangat aku luntur sendiri.

Salah satu cara,
aku gagahkan diri ke rumah ALLAH itu.
Di situ aku terasa ada sesuatu yang tak aku dapat kat tempat lain.
Terasa masa untuk dunia terhenti sekejap.
Aku lupa segala hal duniawi yang terbeban pada diri.


Lihat puluhan makhluk turun sujudnya.
Ahh, hinanya kami semua!
Cuma sayangnya , aku lihat banyak yang tua dari yang muda.
Bila lah agaknya rumah ALLAH akan meriah dengan muda-mudinya?


p/s: Aku masih bengkok hati
dalam mencari redha ilahi.



1 comment:

  1. assalammualaikum..
    like berjuta kali this entry :)
    yes sememangnya kita manusia sentiasa diuji ALLAH,namun itu bukan alasan untuk diri kita mula melemah..sebaliknya itulah kunci untuk kita bangkit gagah :)

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..