expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Saturday, December 17, 2011

SONGLAP.





Aku ada dia .Kakak.
Satu-satunya kakak aku.
Dan aku kongsi segala cerita dengan dia.
Ya, masa kecik kami memang macam lawan, tapi dah berusia semakin berkawan.

"Dalam hidup aku ni,aku tak pernah ada kawan yang sesungguh kawan macam dia,
susah senang payah nak cerita dengan yang lain,
tapi dengan dia ,
segala benda kami kongsi."

"dalam dunia ni kau ada aku je, aku dan kau je"-ayat dalam citer songlap yang buat aku tersentuh hati.Tersentak perasaan.

SONGLAP memang memberi kesan yang mendalam.
1. dia buat aku terfikir yang kawan tu penting dalam hidup dan jangan memilih kawan.yang penting dalam persahabatan ialah diri kita sendiri.

2.semua orang yang kita rasa dia makhluk paling banyak wat dosa kat dunia ni sebenarnya tak seperti yang kita sangka, sebab kita tak tahu jalan hidup dia.

3.semua orang nak berubah tapi kadang2 mereka tak nampak jalan keluar.

4.dia buat aku terfikir, susah mane pun kita, kita takkan mampu tanggung derita sensorang.

5.dia buat aku menangis bila kenangkan pasal adik-beradik.

6.dia buat aku terfikir, patutnya budak umur macam dia ada life macam remaja lain, in tak, dia matang lebih awal untuk kenal apa yang dinamakan kehidupan.

7.dia buat aku fikir, aku ada mak, tapi jarang bercerita kat mak sedangkan dia sampai terpaksa bayar untuk bercakap dengan mak sendiri yang dah tak kenal anak sendiri.


hmm, apa pun, aku rasa aku bertuah sebab ada kakak.
:)
dan seorang adik.
Walaupun kami ada 3,
tapi darah kami satu, rahim ibu yang satu.
Ayah yang itu.
Ibu yang itu.

:)

P/S: "dah besa nanti tak comel dah,
dorang nak bayi sebab bayi comel"-SONGLAP.
tapi aku kecil sampai besar comel je..-.-'

2 comments:

  1. jum cepat tengok di pawagam yang terdekat, sebelum cerita itu di songlapkan ..haha

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..