expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Friday, October 5, 2012

Tentang Mimpi.

Assalamualaikum.

Bangun pagi, baca doa bangun tidur. Turun dari tangga katil , pergi tengok cermin.
Rambut mengerbang,muka kusam,ambil sikat di meja dan sanggul rambut.Aku capai tuala dan membersih diri.Pagi Sabtu, alhamdulillah ALLAH hidupkan aku lagi. Usai  qada solat yang terlepas tadi, selimut di katil aku lipat dan cadar katil ditegangkan. Baju dalam almari seperti  biasa aku kemas.

Perut lapar dan hanya ada keropok mamee.Aku gunting palstik mamee dan kunyap.Netbook atas meja aku on kan selepas di hibernate kan. Duduk dan makan, otak ligat berfikir tentang mimpi kelmari.
TUDUNG LABUH dan Ustaz yang sudah lama tidak aku jumpa.Apa tanda mimpi ini?

Haritu,aku pernah tanya Tehah,
"wey , kau agak kan ade ke orang yang pakai tudung labuh bawak motor ?maksud aku macam dia tutup aurat semua, baju labuh, tudung labuh, tapi bawa motor ?"

Soalan aku ni aku maksudkan sebab selalu aku lihat, orang tudung labuh ni, dia tak la ganas, lembut je.
Tak melakukan aktiviti-aktivit lasak. Wall climbing dengan tudung labuh ? Tak salah, tapi aku tak pernah jumpa lagi. Mungkin  kat UIA ada kot orang tudung labuh yang bawa motor macam rempit2 gitu and buat aktiviti lasak bagai.
Mungkin? Siapa tahu boleh tak bagitahu aku?

Lepastu , Tehah cakap : "ade, aku pernah nampak. Tapi takde la dia biar tudung dia terbang2 time bawa motor tu, dia pakai jacket/labcoat, ade, kat utem ni la"

Masa tu, aku sedikit kagum  dan teruja nak tahu siapa kakak tu. Aku memerlukan inspirasi sedikit la.
Aku nak berubah tapi, macam macam aku fikir.
1- Baju.
Takkan aku nak buang semua jeans aku?Aku tahu jeans tak salah kalau tak ketat. Tapi aku punya jeans, nak kata ketat, ada jugak . Ahai.

2-Family
Suasana family, aku rasa macam tak selesa untuk pakai tudung labuh  bila aku dengan family aku.
Ia macam entah. Entahlah. Oleh itu, aku kagum dengan sesiapa yang mampu ke arah perubahan itu, contohnya orang yang pakai tudung walaupun family dia semua ahlinya free hair. Teruskan.

3-Tabiat
Aku banyak lagi perangai yang aku rasa tak sesuai untuk aku gabungkan dengan pemakaian tudung labuh ni.
Aku kena buang dulu perangai-perangai ni.In sha ALLAH.

4-Tiada contoh.
Maksud aku, dalam family, tak ada lagi la yang berpurdah or bertudung labuh. Ya, aku pernah try jugak bertudung labuh, tapi belum mampu istiqamah.Sebab tiada contoh. Dan aku tak pernah berhenti berdoa supaya Tuhan tunjukkan aku jalan.Semoga DIA bimbing aku. Beri contoh pada aku.

Pendek kata, sekarang ni buat masa sekarang, aku cuba untuk menutup aurat sebaik mungkin walaupun tudung aku tak labuh. Aku pastikan aku menutup bahagian dada. Kadang-kadang aku selesa lagi pakai shawl sebab senang nak labuhkan. In sha ALLAH , satu hari nanti.
Allah Maha Mendengar. Aku minta dia matikan aku dalam keadaan yang baik. Walaupun aku bukanlah hamba dia yang baik.


Tutup cerita mimpi pertama itu.
Mimpi kedua, nasihat Ustaz.

Aku mimpi beliau. Dah lama , dah bertahun rasanya aku tak jumpa. Ustaz Md Zin. Dulu ajar subjek Hafazan,Tajwid kat ssekolah rendah aku. Dalam mimpi haritu aku mimpi,
beliau nasihatkan aku tentang hati dan cinta.
Kata beliau, lebih kurang, suruh aku sentiasa adukan pada ALLAH jika aku mencnitai seseorang.
Beliau turut bercerita tentang bagaimana beliau menyatakan cinta pada Zaujatinya, Ustazah Zaleha.
Subhanalllah.
Aku harap hidup beliau diberkati ALLAH, sehingga akhir hayat beliau.


Tersedar aku dari mimpi - mimpi ini.
Bukan saja-saja aku mencoret disini. Aku mahu iktibar diambil daripadanya.
Tentang aurat dan tentang akhlak.

Aku cuma harap, aku diberi kekuatan dalam jihad ke atas diri sendiri.
Aku berdoa.
Dan aku mahu hubungan aku dengan ALLAH baik, dengan manusia pun baik.
Aku sentiasa berdoa dan aku mengharap Dia memakbulkan dan memberikan yang terbaik untuk diri aku.
*raup muka*



p/s: perubahan perlu pengorbanan.

3 comments:

  1. pakai shawl je laa.. yang tu yang boleh dilabuhkan tanpa orang sedar tudung tu labuh..

    ReplyDelete
  2. buat baik alhamdulillah, ada benda lg baik lagi alhamdulillah. in sha Allah family sokong anak nak buat benda baik. cuba la jadi contoh untuk yang lain, orang lain ikut ada manfaat jugak. org yg bertudung labuh, berpurdah, bukan semuanya perfect, mereka pun ada kekurangan dan cacat celanya. mereka tak tunggu sempurna semua baru nak berubah (;

    ReplyDelete
  3. ade je kat uia yg mcm tu..tp dorg pakai jaket la mase bawak moto..

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..