expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Wednesday, November 28, 2012

Burger VS Twillight

Assalamualaikum.

Aku tengah makan burger sekarang. Sambil tengok bola.
Okay , aku tipu. Mana ada tv kat sini.
Petang tadi lepas habis kelas, aku berhambat dalam hujan untuk pulang ke rumah dengan harapan untuk ke pawagam petang ni dengan housemate sekalian alam.
Harapan tinggal harapan.
Tengah mandi, kepala aku berdenyut kuat.
Mata kabur sekejap.
Aku duduk dan jerit dari dalam bilik air.
"wey amal, aku tak jadi pergi,korang pegi ar".

Dalam hati aku, mesti mereka mereka dah sumpah seranah pada aku.Memey ar, aku dah janji dan dah plan nak kuar kot.Twillight untuk kali kedua. Hummmmmmmmmmmm.  Harapan hanya tinggal harapan.
Aku landing atas katil dan rehat sekejap.Perut aku berbunyi. Entahlah, makin lama aku rasa nafsu makan makin tinggi . Hujan dan perut lapar. Kombinasi yang baik.Kalau kat rumah, time time hujan ni la mak aku akan masak cucur la, nasi goreng la, bubur la, kuih la, itu dan ini. Mak aku cuti niaga kalau hujan. So, dengan itu , perut aku buncit la kalau mak cuti niaga.Sebab beliau akan masak yang sedap sedap petang dan malam.
Ayat budak homesick.
-.-

So, kalau ikutkan duit aku RM6-8 akan terbang melayang dengan ke pawagam.Tapi nampaknya, duit aku melanyang RM3 setelah aku ke gerai burger semalam dan beli burger ayam special.
Itu kalau RM 6, dah dapat dah sebijik burger.Paham tak maksud aku?
Tak paham buat buat paham je la.

Okay dan sekarang, perut aku sangat kenyang. ALHAMDULILLAH.
Bagi aku burger bro tu buat biasa je. Kat Ipoh ada burger lagi sedap dari ni. Nanti kalau turun Ipoh, bagitau aku, aku bawak lu pergi makan itu burger.
Promote Jom  Teroka Perak.
hahhahahahhaha.

p/s: tadi masa tunggu order, uncle cina suruh pergi beli mcd. Dia kata lagi cepat.
Sekali ada sorang kakak tu kata: BOIKOT BOIKOT.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..