expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Thursday, January 17, 2013

Nur Fatihah.


Assalamualaikum. Ini Tehah. Kawan aku. Sebenarnya, dah lama aku nak update pasal dia, cuma tak berkesempatan. Semalam aku dan kelmarin, aku diserang sakit yang entah apa punca aku pun tak pasti.
Muntah 6 kali dan muntah air. Kalau makan apa - apa pun muntah jugak.

Dan , malam tadi Tehah belikan aku bubur dan bawak ubat untuk aku. Dah macam Emak aku pulak . Hehhehehe. Terharu.
Tehah ni seorang yang penyayang dan prihatin. Kalau kenal dia ni,dia lebih macam emak-emak sikit.
Suka bagi nasihat, suka senyum. Cakap pun lembut je.
(walaupun Tehah suka cakap dia ialah seorang gangster)

Dan semalam, masa jawab exam midterm, aku sangatlah tak tahan rasa nak muntah, keluar cepat-cepat dan aku letakkan pensel case dalam locker. Terus ke ke kelas Math. Tapi aku terlupa tentang pencil case aku tu.
Aku datang balik dan tengok tengok pencil case aku takde.
Aku call Tehah, dan mcam biasa , Tehah ni  sangatlah suka membantu. Seriously, aku kat makmal Ai3 tu, Tehah yang dari Pusat Komputer, berjalan kaki ke sini semata-mata nak pinjamkan kalkulator dia.
Itu lagi buat aku terharu.
:'(

Dan dia jujur dalam memberi pertolongan.
Selalunya, manusia akan rasa annoying kalau kita sentiasa bagitahu masalah kita kan?
Tapi percayalah, Tehah bukan jenis yang macam tu.
Apapun, aku doakan Tehah dan keluarga sentiasa mendapat lindungan dari ALLAH.

Terima kasih Tehah.

p/s: Allah makbulkan doa aku..

2 comments:

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..