expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Sunday, August 25, 2013

Sambung, pakebung kebung kebung.


Zaman sekolah rendah aku best. Aku seorang pelajar yang diam diam ubi berisi. Selalu tersenarai dalam kalangan pelajar cemerlang. Anak orang susah, bila dapat hadiah mesti seronok. Jadi, setiap kali ada hari penyampaian anugerah, aku akan rasa gembira tak terkata. Excited nak dapat hadiah apa.

Pernah aku dapat kamus, buku, pensel warna , baju kurung kotak2 warna pink, sejadah, jam dinding, beg, file, kalkulator, duit, dan macam-macam lagi hadiah, aku akan rasa gembira sebab aku tak perlu susahkan mak ayah aku nak keluarkan duit beli untuk anak dia ni.

masa tu ayah pun akan belikan hadiah kalau aku dapat nombor 1-3.


Aku ada cikgu paling aku ingat sampai sekarang. Nama dia Saariyah binti Samingun.Baru-baru ni dapat contact dia kat FB. Anak dia kawan dengan aku kat fb rupanya. Jadi, tahulah perkembangan cikgu kesayangan aku ni.

Okay, seterusnya kita pergi ke zaman sekolah menengah di Ipoh. Aku seorang yang boleh dikatakan aktif dalam sukan. Time ni muka pun hitam. Main netball, acara larian pun aku masuk. Bangga sekejap tahun tu.

*tarik nafas lama2 dan hembus*

p/s: bersambung.....

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..