expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Monday, August 19, 2013

This is story about me.

 Namaku, Nur Haifa . Umur aku 20 tahun pada 27 julai yang lalu. Anak keempat dari enam beradik sepatutnya, dan akhirnya menjadi anak kedua dai 3 beradik. 2 abang dan 1 adik lelaki ku telah dijemput Ilahi ketika masih belum berusia 1 tahun.

aku harap setakat ni korang faham dengan penceritaan aku ni. ;)

Bapaku seorang askar dahulunya dan berhenti menjadi seorang askar dan mula berniaga keropok lekor di pasar malam. Ibuku juga seorang surirumah yang hebat memasak. Sebut apa sahaja masakan, pasti dia tidak akan mengecewakan. Kalah hotel 5 bintang! Aku masih ingat, masa aku di asrama di utara tanah air, aku sangat merindukan nasi ayam ibu. Ahhh, terasa mengidam dan kempunan mengalahkan ibu yang mengandung.Sampaikan, ada stau hari tu, aku minta ibu poskan sekotak keropok lekor yang dah digoreng. 2 hari lepastu,nama aku tersenarai dalam nama pelajar yang mendapat pos laju.Rupa-rupanya aku dapat bungkusan besar! 2 tupperware keropok lekor. Bahagianya aku walaupun tak dapat nasi ayam ibu, keropok lekor pun jadilah.

Setiap hari aku tidak pernah gagal mesej ibuku melalui telefon bimbit "butterfly" . Walaupun aku tahu , telefon bimbit adalah barang larangan di asrama. Ahh, tapi apakan dayaku, cintaku terhadap ibu , rinduku terhadap ibu melebihi segalanya. Aku tak peduli! Setiap hari tak pernah lupa aku menanyakan khabarnya, mengucap selamat malam padanya sehinggalah telefon bimbitku diambil oleh warden. Sengsaranya aku ketika itu, aku mengambil inisiatif untuk menelefon ibu di pondok telefon di "ground floor" ketika waktu makan malam. Sebab waktu itu sahaja budak2 lain sibuk ke Dewan Selera, maka tempat telefon kekurangan pelajar, tak perlu beratur dan aku boleh bergayut lama. Aku sanggup tak makan asalkan dapat dengar suara ibu.

sampai sekarang aku masih geram dengan budak yang bagitahu warden tentang telefon bimbit aku.aku rasa nak tumbuk muka dia. isshhhh, geram!!!!

p/s: akan bersambung.....

1 comment:

  1. huhu...kadang-kadang org tak tahu kenapa kita buat perkara itu walaupun salah. :)

    **sebab sayang.

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..