expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Tuesday, September 24, 2013

Lola

Aku ada seekor kucing.
Putih warnanya.
Tebal bulunya.
Bela sejak umur dia empat bulan.
Kata ayah,kesian tengok kucing tu tinggal seekor; kawan dia yang lain semua dah ada tuan.
Dia je tiada yang mahu.
Ayah beli dan bawa balik.

Mula -mula ingatkan betina,rupanya jantan.
Nama dah beri.
LOLA.
Makin lama, lola dah macam sebahagian dari keluarga kami.
Dia manja dan bijak.

Jam 6pagi mesti dia dah loncat-loncat atas badan;suruh bangun subuh agaknya.
Tengahari waktu dia tidur sampai petang.
Makan nak yang baru je, kalau bagi yang pagi tadi punya mesti dia tak mahu.
Kadang-kadang dia suka gigit kaki orang walaupun dia tak lapar.

Tapi yang kesian, Lola tiada teman.
Sebab tu setiap kali buka pintu rumah mesti dia akan cuba untuk keluar.
Lari keluar.
Kadang-kadang dia suka duduk dan menyandar kat depan grill.
Tengok luar;macam termenung jauh, macam mahukan kebebasan.

Harini,mak bagitahu Lola dah hilang.
Bangun pagi tengok-tengok Lola dah tak ada.
Puas cari satu rumah.
Tiada.

Mak kata; Lola mahu bebas agaknya.
Aku dah sebak.
Dalam kelas aku tak dapat concentrate.
Fikir LOLA.
Aku cuba senyum tapi gagal.


Apa agaknya Lola buat sekarang?
Lola dah makan ke belum?
Selalu time macam ni Lola akan duduk depan pintu termenung jauh.
Takpun dia akan habiskan masa petang macamni dengan tidur.

Lola, tahu ke jalan pulang ke rumah kami?
Lola, baliklah.
:'(





*lap air mata*

2 comments:

  1. aq selalu dgr, biasanya org ckp, kalau kucing tu nak mati, dia akan lari. taknak tuan dia sedih. tak tau la kesahihannya tu.
    tp selama ni. kucing yg mak aq bela mmg tak pernah ada pun yg mati kat rumah. tak tau la. mungkin betul jugak.

    ReplyDelete
  2. tq ridzuan..semalam family aku dah jumpa balik dah Lola. Dia merayau depan rumah kat hujung bukit , macam tak tahu jalan balik. hermm. maybe dia nak cari kawan agaknya. alhamdulillah dah jumpa balik. :)

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..