expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Sunday, February 9, 2014

Jaga aurat, risau ada darurat.

Assalamu'alaikum

Lama rasanya tak tulis entri baru kat sini.
Biasalah , busy sikit dengan kehidupan alam realiti.Tapi sekali sekala nak jugak la perhati alam maya ni.

Okay taknak panjang celoteh, harini aku nak cerita.
Nak baca, silakan. Kalau taknak, kau nampak tanda pangkah merah tu kan?
Ape tunggu lagi, tekanle.

Pagi Sabtu kalau tak silap.
Mak suruh aku teman kakak pergi pasar.Aku malas mandi, jadi dengan seluar gobos dan baju lengan pendek aku semalam aku sarungkan baju sejuk dan pakai tudung ala fareeda . Tudung sarung . Masuk dalam kereta, ikut kakak pergi pasar.
Nak dijadikan cerita, parking penuh so aku kena tunggu dalam kereta.
Oh ya, lupa . Aku pakai selipar jamban je pergi pasar time tu sebab aku rasa aku akan duduk je dalam kereta tanpa keluar ke mana-mana.

Elok je dalam 3 minit gitu, perut aku memulas. Pergh, jangan cakap la memulas dia sampai kau rasa tak senang duduk risau terberak dalam kereta.
Aku cover line sikit la sebab ada brother kereta depan aku tu usha pelik je tengok aku kejap ke kanan kejap ke kiri dalam kereta ni.Lepastu aku call la kakak aku, nak bagitau aku nak berak suruh dia cepat sikit turun kat parking kereta ni.Tapi dan dan time tu line takde.

Perghh, berasap je bontot ni ha.
Sampai satu saat, rasa taik (sorry la bahasa kurang sedap sikit) ni dah kat hujung anus. Tetiba kakak aku sampai.Sekelip mata taik tadi yang dah nak terkeluar masuk balik.
Zuuppp!

Last2, aku cepat pergi cari tandas. Dan time tu la rasa serba salah sebab pakai baju tidur camtu pergi UTC cari tandas. Oh, pasar dekat dengan UTC.
Terpaksa tanya 3 orang baru jumpa tandas. Pekerja UTC tu pandang pelik je kat aku.

Kau bayangkan dah pukl 11 time tu tapi dengan muka baru bangun tido aku ni, seluar petak2 baju tido, tudung ronyok ni, berjalan aku ke tandas.

HAHAHHAA.
Time ni tak peduli dah.
Lantak hengko le nak pandang atas bawah.
Aku nak cirit dah ni tahan berak.

p/s: jadi tutuplah aurat seeloknya supaya kalau darurat,
aurat kita masih terpelihara.

1 comment:

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..