expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Tuesday, April 29, 2014

Maggi dan husnudzon.

Tajuk harini nampak menarik kan?

Ya, harini aku nak cerita. Mari dengar.

Eh. mari baca.



Petang tu, aku dah terbayang-bayang aku makan maggi dengan begitu rakus sebab dah kempunan nak makan. Lama dah aku try stop makan maggi sebab setiap kali makan mesti sakit kepala.
Tapi entah kenapa lepas aku tengok satu scene dalam cerita korea tu, pelakon dia siap buat bunyi slurrppppp  time makan maggi yang dipanggil ramen.
Aku pun ape lagi, slurppp air liur je la.


So petang tu aku ke kedai lot corner belakang balai polis dekat dengan roundboard.
Moto aku parkir tepi kedai, dengan tak buka helmet. Aku masuk dalam kedai.

Cari rak yang ada maggi.Mata melilau ke seluruh kedai.
YESSZA! itu dia.
Mata fokus pada bungkusan maggi yang berlambak tersusun dan kaki bergerak laju menapak ke rak.
Aku ambil sebungkus, dalam tu ada 5 pek, jenisnya laksa kari.
Pergh! terbayang dah dalam otak aku ni.

Tak lama lepastu, ada seorang lelaki umur dalam 40 lebih nampak tua tapi pakaian smart dan tak boroi. Still tough la macam orang muda.
Tapi sayangnya makan maggi (kata hatiku)
Time nak bayar, aku tengok lelaki tu beli 7 maggicup.
"ish, kesiannya laki ni mesti dah kematian bini tak pun bini tak masak ni, tak pun gaduh dengan bini....hmmmmm", kata hati kecilku.

Tiba time nak bayar tu, cashier tu auntie cina.
Dia tanya laki tu "banyaknya maggi?"
Laki tu jawab : " biasalah mahu makan"
auntie : "walawehhhh....tiap-tiap hari makan maggi......" (sambil scan maggicup)
Laki tu macam dah malu sebab aku kat belakang dia dengar auntie tu dok berwalaweh pulak dengan laki tu.

Lepastu laki tu cakap, " nak pergi oversea, sana susah la cari makanan halal"
auntie tu terdiam, aku pun terkedu.

dalam hati aku ni, "ishh tak baik betul aku sangka buruk tadi" -.-'


auntie tu pun teruskan perbualan dia dengan laki tu sampai laki tu say goodbye.
turn aku pulak nak bayar.
auntie tu cakap : wahh, u pun makan maggi ka?(sambil tepuk dahi)

HAHAHHAHAHAH
aku senyum je..
nasib baik dia tak walaweh kat aku .


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..