expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Tuesday, August 19, 2014

This is me.

Assalamu'alaikum.
Lama dah tak update entri baru. Ni aku update sambil ambil mood. Bukak lagu jar of heart sambil taip padam taip padam atas keyboard lappy ni.

Alhamdulillah. Tamat sudah diploma aku. Sains Komputer.
Nak tahu satu benda?
Masa kat MRSM Kepala Batas dulu, aku ada ambil satu subjek SAINS KOMPUTER.
Tapi waktu tu,hmmm
*mengeluh pelan*

waktu tu aku buta IT. So, itu adalah subek yang paling aku tak suka.
Bukan benci. Tapi rasa macam berat hati , sebab tak dapat perform dalam kelas.
Time cikgu suruh buka komputer, dan start buat coding yang macam dia ajar, then buat latihan yang diberi, aku rasa

*gigit bibir , pandang lantai*

hmm. entah. masa tu subjek aku tu guna perisian Macromedia flash 7 ke 8 entah.
Time tu adobe tak beli lagi perisian tu.
Dan ditakdirkan subjek yang aku tak suka tu la, aku dapat time masuk diploma kat UTEM.
Aku belejar c++ bagai, dan aku belajar guna segala jenis perisian adobe. Tak la semua, tapi salah satunya Adobe Flash.

Tapi kali ni feel dia tak macam dulu.
Kalau dulu berat hati, tapi sekarang suka hati dan excited nak belajar benda2 tu.
Entah kenapa.
Padahal, dulu aku tak suka bidang teknikal.
Sebab tu aku pilih science stream.
Tapi tu la, ALLAH tu  lebih hebat perancangannya.
kan?













 Dan sekarang aku tengah buat persiapan nak masuk UTEM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dalam Media Interaktif.

Tak sabar rasa nak jumpa kawan2 diploma semula.
Tapi dalam hati ada juga rasa nak kerja.
Ada rasa nak belajar.

Tapi sekarang ni memang keputusannya kena sambung belajar.

Harap2 masih gagah berjuang demi masa depan.


*genggam semua jari n tunjuk penumbuk kat screen monitor*


p/s: Salam Syawal buat semua yang mengenali diri ini.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..