expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Friday, November 14, 2014

Ekspresikan

Assalamualaikum.

AMARAN : hari ini aku nak tulis sikit kisah tentang sesuatu.


Aku duduk di meja biasa yang selalu aku duduk. Sama seperti hari-hari sebelumnya. Waktu ini, hujan renyai. Kedai kopi ala-ala cafe yang jarang sekali dikunjungi kerana lokasinya yang sedikit terpencil. Susah dicam kalau sekali pandang. Kafe yang aku rasa tenang sambil menghirup kopi segar , panas.

Ahhh, nikmatnya.

Aku tenung luar . Hujan masih turun.
Aku menantikan seseorang.
Sudah ku pesan kopi tidak bergula.
Kopi belum sampai.


Hati sejuk, dingin, tapi bagai ada satu rasa kosong dan sedih disebalik itu.Aku lihat gambar-gambar seni yang tergantung kemas didinding batu-bata kafe ini. Tenang.

Aku senyum sendiri.
Satu bayangan semalam mula terpapar.

"Hai, sorry tapi ada orang tak kat sini?", tanya seorang lelaki yang kelam kabut masuk ke dalam kafe bagai dikejar hantu. Aku tengok ke luar tingkap. Tiada siapa yang mengejarnya. Hanya titis-titis hujan. Aku pandang semula wajahnya.

"Ada nampak orang ke kat kerusi tu?", aku balas dengan nada acuh tak acuh. Ahh, mamat macam ni bukan boleh layan sangat, desis hatiku.




"Terima kasih", tangannya terus menarik kerusi dan duduk dihadapanku.
Aku senyap. Aku terus memandang luar. Aduh, mamat ni selamba gajah dia je nak duduk kat sini.Aku tak cakap pun boleh ke tak. Hati kecilku bersuara.

Seorang cashier datang dan mengambil order lelaki pelik dihadapanku.
Tak lama selepas cashier berlalu, terus aku disapa lagi.

"Hai, namaku Danil", sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku.
Aku jeling ke arah tangannya yang menghulur salam.
Amboi, mamat ni lebih pulak ni. Kang ade jugak yang kena kaki aku ni.
Aku hadap mukanya. Rambutnya kerinting macam Hafiz AF, muka ada macam kacukan cina sikit.Suara charming jugak, badan sado2, tapi kenapa gaya cakap macam orang dari seberang? Aku masih terus berteka-teki.


"Er sorry,aku tak salam lelaki bukan mahram", aku jawab tenang.
Tangannya diturunkan setelah tidak bersambut.

"Maaf ya", balasnya ringkas.
Dia senyap sebelum mula untuk menyambung perbualan setelah melihat aku yang tidak berkeinginan untuk berbicara dengannya.

"Kafe disini memang selalu penuh ya?", tanya dia.
"Mungkin sebab harini hujan , so ramai orang datang sini.", aku acuh tak acuh jawab soalan rekaan dia tu. Mana ada kafe ni penuh. 3 buah meja di beakangku sahaja yang ada pelanggan, yang lain semua kosong. Mukanya aku lihat.
Licin tanpa sebarang jerawat. Cuma ada sedikti kesan calar dikeningnya. Biasalah, lumrah anak jantan, tak sah kalau tak gaduh masa kecil2 .

"Nama kamu siapa?", soalan demi soalan diajukan.
"Anis", aku jawab. Kau ingat aku senang-senang ke nak bagi nama kat stranger?
"Kamu kelihatannya seperti menunggu seseorang?", tanya dia lagi.
Lampu neon oren yang sedikit malap di dinding kafe menyebabkan cahaya terkena pada rambutnya yang kerinting.
Suasana sedikit malap di kafe ketika ini. Hujan diluar nampaknya masih belum reda.

"Tak lah. Tak tunggu sesiapa. Tunggu bas. ", kali ini aku tipu lagi. Mak aku pernah pesan dulu, kalau ada orang tak dikenali tanya soalan jangan jawab betul2 sangat sebab kadang2 orang tu ialah penyamun,perompak yang hanya nak tahu detail2 kita.



Dummmm!!!!!

Guruh berbunyi deselangi petir.
Lampu di dalam kafe mati.
Aku kaku.




P/S: bersambung.......

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..