expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Thursday, November 20, 2014

Kisah sebuah buku.

Last two week, aku beli buku yang paling aku teringin nak baca.

Aku suka baca buku2 yang macam bersastera sikit. 
Yang ayat jenis deep dan buku tu lebih kepada pengalaman hidup orang.

Sebelum ni aku ada beli buku Puisi Tepi Jalan, yang tu aku rela bagi orang pinjam.
Tapi buku yang kali ni memang aku taknak bagi orang pinjam. 

Sayang gila2 sangat kat buku tu. Kalau boleh ldalam rak yang dipenuhi buku, buku yang satu ni adalah ditempat khas tersendiri.
Bukan mengagungkan, tapi nak cerita punya sayang aku kat buku ni.

Aku beli secara terus dari author .
Siap ada tandatangan sekali tu. 

Mana tak sayang.

*KEPIT BUKU LAMA2*

Lagi satu, mungkin sebab buku yang satu ni memang tulisan terus oleh penulis yang juga merupakan seorang blogger yang aku paling minat dalam banyak2 blogger.
Kisah hidup dia lain sikit dari kita-kita.
Aku ingat aku paling ada jalan hidup paling epic, tapi rupanya ada orang yang jalan hidupnya dua kali ganda epic dari aku.


aku pun terfikir, ade tak orang yang masih tidur satu family dalam sebuah bilik yang cukup2 muat untuk 5 orang?

sebab aku begitu. dari kecil sampai besar tak pernah tidur berpisah dari family.
tapi bukan satu katil.
cuma kami dalam satu bilik.
mak ayah, aida, ain dan aku.

bilik kat rumah ade 3 buah. satu dah jadi stor, satu tu bilik opah, satu lagi bilik mak ayah.
kat bilik mak ayah tu la kitorang anak beranak semua disitu.
tidur malam rasa selamat bila semua ada sekali.
pernah aku memberontak. sebab takde bilik sendiri lepastu kene sindir dengan kakak yang suruh aku brsyukur ade rumah, ade bilik untuk tidur.

pernah je aku tidur kat ruang tamu sorang2 , pastu last2 pukul 3 pagi mesti masuk bilik balik sebab takut.
itulah aku.

walaupun rumah kami anak beranak takde meja makan kat rumah dan jarang makan bersama, tapi kalau sesekali makan bersama, duduk bersila di lantai, bentang surat khabar dan makan sambil menghadap tv sambil gelak bersama.

rumah kecil, family kecil, tapi alhamdulillah bahagia.


baru-baru ni , google map dah boleh tengok rumah kan?
ada ornag tanya aku : "alamat rumah ape? nak tengok rumah"
aku jawab, tak payah lah..rumah buruk, sepah. malu pulak nak tunjuk.

aku bukan malu pada keadaan keluarga, cuma aku taknak orang tahu apa kehidupan aku dengan family aku.
susah senang aku.
orang nampak aku senang, bahagia, selalu dapat apa yang aku nak, tapi hakikatnya tak.
ada benda yang aku nak, tapi ALLAH belum rezekikan pada aku.

aku tahu, ayah pun seidh sebab tak dapat bagi apa yang sepatutnya anak2 umur macam aku ni dapat.
sebuah bilik untuk seorang anak perempuan yang emningkat dewasa. Aku tak kisah pun semua tu. Yang penting, aku dan keluarga aku bahagia.

tak merempat tidur tepi jalan.

aku cerita ni bukan untuk beritah kisah hdiup aku, cuma nak aku sentiasa ingat asal usul aku.


dulu, masa time nak dekat pmr,
aku target nak dapat 8A, nak masuk MRSM .
sebab?

aku taknak duduk kat rumah.
sebab setiap petang aku kena tolong meniaga di pasar malam sambil buat kerja sekolah kat meja niaga. bila customer datang, aku stop dan layan customer pastu sambung buat kerja sekolah.
aku tak suka bila ornag cakap, "rajinnya tolong mak ayah".
aku tak suka.
aku memberontak masa tu.

bila pmr keluar, aku dapat result macam yang aku nak, aku dapat masuk asrama macam aku nak.
TAPI....
aku hilang satu benda yang aku tak sedar selama ni aku ada,
aku hilang suasana FAMILY.

duduk asrama aku rindu waktu petang yang aku selalu buat kerja sekolah kat tempat niaga.
duduk asrama petang2 masuk kelas belajar tak pun pergi padang bersukan. 
tapi aku termenung sorang tepi jalan pandang budak2 main bola. sebab ?
RINDU family.
setiap hari, aku telefon mak bagitahu aku nak balik rumah.
sedangkan dulu aku beria-ria nak masuk asrama.
lepas habis tingkatan 5, 

aku berazam, kalau aku ada anak, aku taknak hantar anak aku pergi asrama.
HAHA.


darah muda aku, 
tapi ye lah dulu dan sekarang aku dah faham dah reti makna kehidupan.
hidup aku susah.
sebab tu aku kalau boleh nak belajar rajin2.
niat aku dua, satu untuk ALLAH redha dan ampunkan dosa aku atas semua sikap aku terhadap keluarga aku. kedua, untuk mak ayah aku.
aku nak beli rumah besar untuk mak ayah.

nak bawak deme pergi haji. :(


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..