expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Friday, March 6, 2015

Semalam pertemuan pertamaku bersama Sri, kawan sekelasku 5 tahun yang lalu. Sembang punya sembang banyak juga cerita yang dikongsi.Sehingga satu topik iaitu topik usahawan yang menarik minatku untuk bersembang lagi lama.

Tiba pada satu persoalan, kenapa aku boleh berminat untuk melibatkan diri dalam hal-hal perniagaan.
Masa tu aku belum mampu lagi menjawab sebab masa ni first time dapat soalan macam ni.

Sri dan kawannya berminat untuk tahu dan mengajak aku berkongsi cerita.
Semalam tu, tak detail sangat, harini lebih detail.

Aku sebenarnya tak pernah ada impian pun nak jadi usahawan. Langsung tak terlintas dan tak berminat.
Walaupun ibu dan ayahku merupakan orang yang terlibat dalam usahawan secara kecil-kecilan.Ayah dan ibu meniaga keropok lekor di pasar malam dan bila anak-anaknya semakin besar, perniagaan diluaskan dengan menjual yong tau foo dan rojak singapore.

Dulu, aku lihat perniagaan ini sesuatu yang meletihkan sehinggalah anggapanku salah bila aku memasuki alam universiti.
Kenapa?
Ceritanya bermula dari seorang adik yang berumur 15 tahun yang mendapat duit sebanyak RM 600 sebulan. Jika adik kecil itu boleh kenapa aku tidak? Betul tak?
Adik yang aku maksudkan ialah adik aku.
Dia rajin berniaga online.Boleh dikatakan untung sangatt sebab kehidupan seornag pelajar sekolah, tak perlu pikir pasal duit minyak, sewa rumah , makan minum dan sebagainya.Paling best, boleh beli barang yang dia nak dengan duit sendiri tanpa perlu guna duit mak ayah. Bestkan? Memang boleh dikatakan setiap hari akan ada van poslaju yang sampai ke rumah dan disebabkan adik aku masih muda , dia tak boleh buka akaun bank sendiri. So, dia share akaun dengan kakak aku. Kakak aku pula seorang pelajar akaun. Disini aku nampak sesuatu. Pernah sesekali , bila kami bertiga keluar berjalan, aku buka topik pasal perniagaan impian kami.

Aku cakap , " orang(aku) rasa, kita bertiga ni boleh bukak butik satu hari nanti atau ape2 je kedai. Kamu (mengatakan kepada kakakku) boleh jadi penjaga duit , akauntan syarikat, Eda  urus pasal barang2 produk, pos, orang (aku)boleh buat iklan untuk promosi syarikat dan boleh reka design2 brand produk tu. Mak dan Ayah jadi CEO, pantau je syarikat dan beri advice sebab Mak Ayah dah  lama tahu pasal perniagaan.

Lebih kurang macamtu la apa yang kami bualkan dan impian masa depan. Itu impian jika mahu bekerja sendiri, kalau tak pun, kami bekerja dan ada pekerja yang jaga kedai. Dua kerja tetapi penat sedikit dan berisiko.

Jadi dari situ aku start cari syarikat online yang mahukan agen untuk memasarkan barang mereka. Mula-mula tu, aku hantar mesej kat beberapa kedai online melalui Facebook dengan soalan  "salam, sis ada kekosongan utnuk jadi agen dropship tak? " . Bermula dengan 10 kedai, selepastu 20 kedai dan dari 20 kedai online yang aku tanya hanya 5 dari kedai tu yang buat program dropship dan dari 5 kedai tu, hanya 2 kedai yang ambil agen tanpa perlu bayar yuran pendaftaran yang mahal2.

Di awal-awal aku start meniaga, aku target aku nak jual baju sebab risiko tak tinggi sangat seperti jual makanan yang mungkin akan basi dan sebagainya, atau jual produk elektrik yang mungkin akan rosak dan tiada jaminan. Pernah juga ditipu oleh syarikat yang sebenarnya mereka juga agen dropship dan akibatnya harga yang diberi kepada agen lebih mahal dari harga sebenar sebab mereka juga agen sebenarnya, bukan syarikat!

Dan pernah juga dibuang dari menjadi agen sebab tak dapat customer dalam sebulan. Aku tak putus asa, setiap kali hilang satu syarikat aku akan cari syarikat lain yang menawarkan program dropship.
Pernah juga cuba untuk beli borong dan pos sendiri, tetapi risiko sangat tinggi sebab barang selalu tak habis. Kalau habis pun mungkin dijual dengan harga murah dan kita hanya mendapat pulangan duit modal sahaja tanpa untung.

Jadi, aku fikir, mungkin bila aku dah bekerja nanti aku boleh bina syarikat sendiri dan ada produk sendiri sebab masa tu kewangan kita lebih stabil dan boleh buat pinjaman dari bank bila dah bekerja. Kebaikan dropship ni, kita dapat pengalaman berniaga secara onlina dan dah ada customer yang tahu kita ni berniaga. Jadi bila satu hari nanti kita buka kedai, mereka-mereka yang pernah membeli dari kita akan datang. Jadi kita tak perlu bermula dari bawah, kita hanya tingkatkan promosi sahaja dan branding kita.

Kenapa nak berniaga?
Salah satu sebab , teringin nak berdikari beli barang guna duit sendiri dan sebagai seorang pelajar banyak perlukan duit, jadi mungkin kita akan jadikan untung bisnes kita ni untuk duit poket atau simpanan.
Lagi satu, dari sekaranglah kita perlu menabung untuk buat tambang pergi haji nanti.
Bayangkan kalau sebulan dapat RM 200. Setahun dah berapa? 5 tahun? 10 tahun?

Haaa, Rasulullah s.a.w pun galakkan kita meniaga.
Yang penting, kena jujur, sabar dan kalau boleh nak ambil untung tu berpada-pada sebab kita target nak ke Tanah Suci Makkah dengan duit berniaga kita, dan kadang2 kita rolling duit kita dengan sedekah(sedekah itu akan membuat kita lagi untung) pada yang memerlukan, jadi takkan la kita nak menipu kan? Keberkatan tu paling penting.

Pasal customer menipu? Pastikan dia bayar dulu duit baru kita buat order, jadi takkan ada masalah. Pastikan juga bagi offer pada regular customer sebab itu tanda mereka percaya pada kita yang berniaga. Tapi ikut jugaklah keadaan sebab kalau perniagaan pakaian memang boleh je bagi offer, kalau berniaga makanan susah sikit kecuali kalau katering sebab customer beli banyak2.


Aku juga pernah sembang dengan kakak aku pasal nak dapat duit lebih bila dah bekerja dengan kerajaan atau swasta nanti, aku cakap "mungkin kita boleh beli emas lepastu dalam tempoh setahun dua bole gadai dan dapat duit lagi banyak lepastu duit yang lebih tu beli emas baru dan simpang untuk setahun dua atau tiga tahun lagi dan gadai dan dapat duit lagi. "

dan bila lalu di sekitar rumah besar di Taman Botani kat area jalan ke Simpang Pulai tu, aku ada cakap "Ain, orang rasa kita perlu beli sebuah rumah kat sini nanti lepastu kita sewakan, masyuk jugak kan? Kiranya kita share duit la beli rumah tapi pakai salah sorang punya nama time nak beli tu. Lepastu sewa kepada orang. At least setiap bulan kita akan dapat duit.
Takpun beli rumah area polieknik, sewa kepada pelajar . Bayangkan kalau sebulan kita dapat RM 500 , RM 600 boleh la kan buat simpan. Duit gai buat belanja2 sikit, duit rumah sewa buat simpang. Bahagi dua la. "

Macam tu la lebih kurng perbualan aku dengan kakak.


Jadi , start tanamkan dalam diri yang kita nak jadi usahawan. Kata orang berilmu, tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah dan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Kan?

For Sri Nursyafika, semoga berjaya dalam perjuanganmu. :)




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..