expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Sunday, August 23, 2015

Sem Baru, Azam Baru

Assalamualaikum.
Lama ya aku tak update blog?
Alhamdulillah  semua macam biasa.
Result aku dah keluar lama dah.  Alhamdulillah  rezeki masih ada untuk masuk dalam Dean list.

Mungkin berkat doa mak.  Aku tringat zaman masa sekolah asrama dulu.  Tiap2 hari aku telefon mak sampai handphone 3310 dirampas.  Haaa,  nak gelak pun ade bila teringat betapa sedihnya sebab tak dapat telefon mak lagi.  Nak telefon kat public phone duit tak berapa ada.

Herm.

Masuk alam university,  main wassap je.  Jarang kol.  Sekarang ni alhamdulillah aku dapat biasiswa Jpa.  Raya haritu aku bagi sikit duit jpa aku kat mak.  Aku cuba untuk jimat cermat sebab mak ayah aku bukan orang senang.

Hanya peniaga pasar malam.  Sebab tu kalau kawan2 ajak bercuti ke tempat2 yang perlukan duit yg banyak,  aku selalu bagi alasan.  Dinner batch diploma dulu pun aku tak join sebab pikir pasal duit. Tapi ada jugak aku keluar pergi tengok wayang, makan.  Yang tu pun lepas aku save duit untuk spend bila terasa tension dengan suasana rumah/asrama.


Sekarang,  bila dah masuk degree boleh tarik nafas lega.  Duit masih kena berjimat.   Kalau nak bercuti jalan2 dgn kawan kena save duit.   Memikirkan kat rumah ipoh,  family aku pun xbercuti,  aku jadi serba salah nak bercuti.  Tempayan kat bilik air rumah pun tak berganti walaupun dah bocor  sikit.  Raya dah bertahun2 aku tak de jemput kawan dtg rumah sbb rumah penuh dgn barang niaga. Maaf kan saya.  Kawan jemput dtg pun aku tak pergi.  Maaf kan aku.


Apapun,  aku bersyukur.  Sekarang,  aku dah masuk dunia jualan online.  Aku jual buku, baju dan tudung.  Sekadar tambah pendapatan,  tak perlu aku minta mak ayah duit. Kan??

Terima kasih Allah atas nikmat yang telah diberikan kepadaku

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..