expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
aku bagi sekeping je kat korang. yang lebih aku makan. kalau nak tahu aku ni paling suka pizza. setakat ni boleh sumbat sampai 9 keping dalam satu masa. so, nak hadiahkan aku untuk birthday beli pizza je tau!

readers

Sunday, November 26, 2017

Syukur itu mudah, redha itu susah.

Assalamualaikum,
 Harini genap la seminggu aku tamatkan zaman belajar aku. Bergraduasi sebagai pelajar UTeM. Ya, banyak benda yang aku dah lalui.

Alhamdulillah. Syukur.

Tapi lama2 aku sedar, kadang2 bila ujian datang, aku masih boleh sebut alhamdulillah, namun tindakan aku seolah-olah....
TAK REDHA.

Allahuakbar.
Dah dua bulan berlalu sejak ayah sakit. Tak sekalipun aku rasa aku mampu bahagiakan dia. Ya.

Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini kerana lupa untuk redha sedangkan aku hanyalah hamba. Hamba.

Kena faham betul2 maksud hamba tu ape kan? Baru boleh redha.

Alhamdulillah, ayah makin sembuh. Dah boleh jalan, drive pelan2.

Tapi aku masih sedih sebab apa?
Aku risau fikirkan kalau kalau satu hari orang tua aku tiada dan aku belum sempat balas jasa.

Bayangkan,
kalau mak aku ajak ke kedai makan pun aku tak mahu sebab aku rasa sepatutnya aku yang ajak mak aku ke kedai makan dan belanja mereka. Bukan sebaliknya.

Banyak kali dah aku tolak, dengan alasan aku tak lapar dan kadang2 aku jawab aku malas.


Entahlah.
Mungkin ini pengalaman pertama aku menghadapi ujian.

Aku belum faham.
Aku terkejut.
Haih..entahlah, aku pun tak pasti. Tentang perasaan aku.

Sekarang ni aku hanya perlu bersabar dan terima semuanya dengan hati terbuka. Kena belajar terima.

Kena bukak hati.
Kena bukak minda.

Kena banyak baca motivasi.
Kalau tak sampai bila2 aku dengan sikap negatif ni.


Semoga Allah bantu dan tunjukkan aku jalan yang dia redhai.

Amiin.



No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi,kalau sudi komenlah lagi,tidak pula memaksa diri,namun komen anda amat saya hargai..